Thursday, January 23, 2014

Kelopak Mata Berkedut

Salam,

Hari ini memang hari yang sangat kelakar.

Beberapa hari lepas, aku mengalami mata berkedut-kedut, means macam terasa ada getaran dekat bahagian mata, mula-mula sebelah kiri, sehari selepas tu sebelah kanan pulak.

Masa kedut sebelah kiri tu, macam dah cuak, nak nangis sebab apa ni? Huuu tak nakkkkk...

Orang kata:   (diulangi, orang kata....) tak semestinya betul...

Kedut sebelah kiri: akan nangis, sedih
Kedut sebelah kanan: akan gembira


So, aku pun dah confused.


Tak sangka harini semua tu dah terungkai. Sekaligussss, Allah swt bagi cash. I am so luckyyyyyy!.. :)

Harini aku ada kursus dekat Office, so memang tak duduk depan PC la kan, bila masa tea break, aku naik atas, check email, terkejut dapat email 'Notis Pembayaran EFT'...selalunya kalau dapat gaji, memang akan dapat email notification macam ni. Harini bukan hari untuk dapat gaji pun......

Aku terkejut, terus buka email, tak sangka, aku dapat bonus rupanya.!!! Happy tak terkata, Alhamdulillah. Sebab sejak balik dari Terengganu dan Sabah, aku memang running out of money. Heee overspent? tak sedar diri? Walaupun bonus tak setanding pekerja tetap, tapi berharga sangat. Rasa juga la diri kita ini ada orang yang masih kesahhh kan...

Happy sangat, rasa macam nak nangis.....sebak... Terima kasih Allah swt.

So, masa ini aku dah dapat figure it out, mungkinkah ini happy dan sedih yang aku akan dapat....
Okay fine, mengucap syukur lagi....

Bila dah habis masa tea break, aku pun turun lecture hall semula...

Aku excited terlebih sikit.....FYI, pintu kat office memang semuanya Glass Door. Benda ini memang pertama kali, aku tak sedar pintu tu sebenarnya tertutup, lepas tu aku langgar pintu kaca tu.

Seriously, tahu tak kenapa aku over confident dan terus langgar/hentam?

Sebab masa pagi pukul 830 am kursus tu bermula, member aku swipe access card masa nak masuk, padahal glass door tu dah tersedia terbuka. In my case, aku dah confident pintu tu terbuka sebab ada kursus, senang orang nak keluar masuk, so aku terjahhhhh je....

Gedegangggggggggggg!!! Kuat sangat bunyi, sampai akak Cleaner pun boleh dengar, siap datang tengok...

Masa itu boleh pulak aku fikir malu......sakit bergerak ketepi pintu, tapi aku macam tergamam, terus tunduk, tangan pegang stand signage tu, member ni dah start cakap.... 'Sakit tak?....Sakit tak?...."

Aku cakap... "sakit.....bergegar otakkkkk"...(air mata mengalir).. Tetiba, bos aku (pangkat Datin, dan sangat motherly) datang, terus tanya, dan usap kepala aku...sebab takut bengkak terukkkkk.....

Akak cleaner pula bagi cadangan, usap kawasan yang terhantuk dengan rambut, untuk elakkan bengkak, tapi aku tak boleh nak buat, sebab malas nak bukak tudung. hihih. degil....

Lepas tu member suruh aku naik atas, letak ais, aku pun tonyooohhh ais, perghhh pedih...(sebab sejuk sangat) haha.

Turun bawah, masuk kursus macam biasa!.. hehe. Cooolllll......kepala rasa macam migrain. Tapi tak teruk, sekejap je, lepas tu tinggal benjol, pening tiada lagi. :)


Lepas tu, aku tanya member! Dia kata, dia pernah terhantuk dinding, sebab tu dia faham perasaan aku tadi, dan nampak caring sangat. Actually, air mata yang mengalir tadi spontaneous, bukan sebab sakit pun, tapi once people surrounding show empathy, kita akan rasa sedih....... That's what I felt just now....

Kesimpulannya, memang aku dah dapat kedua-dua nikmat tersebut serentak hari ini. Happy dapat bonus, sedih sebab terlanggar/hentam glass door.


p/s: patut la dalam youtube ada kes orang terlanggar pintu kaca, seriously, tak nampak, sebab ia transparent......


Anyway, thanks blogger.
De Durrani

Monday, January 20, 2014

Resipi Nasi Kerabu Simple

Salam,

First of all, i'd like to thank my dearest friend Nur Atiqah for sharing this easy breezy recipe.
I wish her and family a wonderful life ahead. May Allah swt Bless U and family.

Ucapan macam terima award!.



Straight forward, bahan-bahannya... (bukan calon-calonnya ye)

Kelapa dah parut
Ikan kembong/selar
Bawang merah dan Putih
Garam
Halia
Lengkuas
Cili kering
Santan pekat
Ulam-ulaman (cincang halus)
Budu
Cili merah (besar)

Untuk sambal kelapa yang makan dengan nasi tu,

Kelapa parut - goreng dalam kuali tanpa minyak
2 ekor ikan kembong/selar - rebus dan ambil isi, tumbuk
Bawang merah - tumbuk
Garam - secukup rasa


Untuk kuah tumis,

Kisar:
Bawang Merah, Putih, Halia, Lengkuas, Cili kering.

Tumis bahan yang dikisar tadi, kemudian masukkan santan, tumis sampai pecah minyak, jangan lupa kacau. Note: Masukkan juga budu, dan garam secukup rasa. Ada juga yg letak asam keping, tapi DD memang ikut resipi kawan, tak letak pun.

Sambal,

Cili padi - ikut suka (Note: DD akan kisar sekali cili besar beberapa ulas) - kisar
Garam dan gula
Limau kasturi -perahkan
Belacan sikit
Masak atas api.

Wajib dihidangkan dengan, (wajib bagi DD)

Ulam-ulaman - hiris halus
Ikan celop tepong
Telur masin
Keropok ikan.
Budu

Nasi,

DD masak nasi putih je, sebab tak tahu mana nak cari Bunga Telang.
DD jugak tak suka letak pewarna.


Siap!!! Simple je. Asalkan sedap.
Jom buka kedai nasi kerabu pulak. Hihi.


Thanks
De Durrani.

Resipi Nasi Ayam Sedap

Salam,

Bahan-bahan yang kena ada sebelum buka api dapur, dan senang nak rujuk bila berada di Tesco, Giant mahupun NSK! Ahaks

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam
Halia
Bawang Putih dan Bawang Merah
Sos Tiram
Kicap Cair
Kicap Manis
Madu
Minyak Bijan
Minyak masak
Mentega
Daun pandan
Daun Bay
Susu Full cream
Serbuk Ayam
Garam Gula
Rempah (Bunga Lawang, Buah Pelaga, Kulit Kayu Manis)
Daun sup
Daun bawang 
Bawang Goreng
Cili merah (kecil)
Limau kasturi
Jeruk kobis


Ada antara bahan-bahan seperti di atas ni yang tak ada pun tak apa, tapi kalau DD masak, mesti nak lengkap, melainkan DD memang dah buntu, tak dapat nak cari bahan tu, so DD tutup je la sebelah mata.

Mula-mula sekali, AYAM!

Perap ayam dengan bahan yang dikisar (Halia, Bawang Putih dan Merah) selama 30 Minit!
Note: tinggalkan sikit bahan kisar ini untuk masak nasi

Selepas 30 Minit:

Rebus ayam tadi sehingga separuh masak.
Note: Air Rebusan jangan buang, guna untuk masak nasi nanti

Perap lagi dengan hasil campuran ini. (Sos tiram, Kicap Cair, Kicap Manis, Madu, Minyak Bijan)
Selama 1 jam. Note: kicap manis jangan banyak sangat, nanti hitam sangat ayam tu

Selepas 1 jam:

Goreng ayam tadi (deep fry)!  Note: Jangan potong ayam tu, goreng dulu, baru potong bila nak hidang


Kedua, NASI AYAM!

Masak atas kuali bahan di bawah:

Mentega, Bahan Kisar (Bawang Merah, Putih, Halia), 2 helai pandan, 1 helai daun bay, susu full cream, serbuk ayam, garam, gula, dan Rempah (Bunga Lawang, Buah Pelaga, Kulit Kayu Manis), Air rebusan ayam

Dah mendidih, masak bahan kat atas ni, boleh la masuk dalam rice cooker dan adjust ikut berapa banyak nasi nak masak. Note: Guna beras wangi tau. hihi

Untuk hidang: Atas nasi tabur, daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Ketiga, SAMBAL CILI!

5 biji cili merah (kecil)
5 atau lebih biji cili merah (besar)
5 ulas bawang putih
2 cm halia

Kisar semua bahan kat atas ni, dan masak dalam kuali bersama air rebusan ayam, tambah sikit garam gula secukup rasa, dan perahkan sedikit limau kasturi. (DD tak guna cuka)

Keempat, KUAH KICAP!

Hasil lebihan perapan ayam tadi, jangan buang! Masak atas api, tadaaaaa, dah siap!.

Kelima, SUP!

Rebus air, masukkan jeruk kobis, garam, serbuk ayam, daun bawang, dan bawang putih goreng.


Dah siap!!!! Resipi ini pun hasil google. Copyright siapa tak pasti, yang penting CUBA! Anak-anak mesti suka makan nasi ni. Bagi DD yang belum kahwin pun lagi, apatah lagi ada anak, DD makan dengan Mak Abah, perghhh terus ajak mak buka kedai Nasi Ayam. Haha.

"Nanti Abah dah pencen, nak buka kedai nasi ayam tak?" hehe


Thanks.
De Durrani


Monday, January 13, 2014

VMY2014: Sabah

Assalammualaikum, Morningggg...

Haha. Gelakkan diri sendiri, i am broke!!

Bayangkanlahh dalam satu bulan ko pergi melancong dua kali, dengan gaji yang tak seberapa. I wonder, betapa panjangnya langkahku kalau aku dikurniakan rezeki yang lebih banyak. Tapi orang kata, kalau duit banyak, tapi masa pulak tak banyak, Allah swt maha adil. Sekarang aku ada banyak masa, cumanya kena spend wisely. Alhamdulillah.

Here we go!

Tarikh: 8-11 Jan 2014 (Very short trip dan agak rushing! uhh)

Flight pukul 12.45 pm, kami sampai di KKIA(Terminal 2) pada pukul 4.00 petang. Masa tu kereta sewa dah pun menunggu. Terus drive pergi Kundasang (2jam lebih). Kami sebenarnya betul2 gerak ke Kundasang, pukul 530pm. Hehe. sebab singgah petrol pump, tapauuu nasik, beli mcD, buang air, solat. Sampai ke Lodge pada pukul 8.00 pm, hujan masa tu, dah la, pukul 6 pun dah gelap, dengan jalan yang bukit bukau, kereta pun auto, uhhhh sabar je la. Hehe. Tapi tak tahu la kalau naik manual boleh laju lagi ke tak.. Asyik merungut sepanjang jalan, apesal slowww sangat kereta ini. Haha. Sampai je lodge, perghhhh sejuk gila tak ingat, mandi ala kadar. Haha.

Mount of Kinabalu. Ini view daripada lodge kami. Sonny village lodge, Tinompok, Kundasang.
Aku bangun pukul 5.45 am, walaupun tak boleh solat, tapi member boleh solat, so kejut dia, terus aku buka pintu dekat balkoni, dengan harapan nak tengok view gunung sampai la terang benderang. Haha. Sekali aku buka pintu, terkejut, serammm pun ada, pengecut punya orang. Aku tunggu member habis solat baru aku tengok dengan dia sama-sama. Haha
Ada balcony, where you can see nice view, ! Its even colder than your air conditioning at home. Grrrrrrr... gigil. Malam dan pagi subuh je la, siang dah tak sejuk sangat.

One night to remember..


9 Jan - Kami menuju ke Poring Hot Spring. 45 km daripada Sonny Village Lodge. Kami da check out siap-siap. Gerak dalam pukul 9.30 am. Sampai sini pukul 10 lebihhhh. Uhh sepatutnya gerak lebih awal! huu. First timer, tak disiplin!.. Dalam Poring ni kalau panjang lagi langkah boleh jalan dekat canopy walk, dan pergi jauh lagi sampai air terjun.. (Aku tak berkesempatan. :()

Masuk je, terus aku mandi kat sini, sini air sejuk. Hehe Orang datang sini cari air panas, tapi aku mandi air sejuk. Sbb dah lama tak berenang.

Kat sini lain pesen, satu bahagian ada 4partition, kau adjust sendiri tahap kepanasan air yang kau suka. Kalau satu family datang boleh amik keempat-empat partition ikut suka! Kami guna satu je la, bukak air, bagi penuh, pastu berendam.

Oleh kerana susah nak dapat Fish Spa yang murah, jadi kami teruskan perjalanan lagi ke Kg. Luanti. Kat sini ada ikan besar gila habaq hang. Nervous masa mula-mula nak masuk kaki, di tambah dengan sound effect daripada pakcik kat sebelah yang jerit-jerit. Ehhhh propa sangat. Padahal biasa je. Haha. Just first timer macam aku rasa ngilu bila dia gigit tu. Haha. Gigit daki...

Abang ni selamba je bagi makan guna tangan. Nak buang daki kat tangan kot.

Ikan dia bagakkkkk, memang seram.

Balik dari Kg. Tagal Luanti, kami singgah Sabah Tea punya kilang, ladang.

Dalam ini ada tempat makan, nampak sedap, tapi kami tak cuba, hanya minum teh tarik sabah tea je, Haha.

On the way balik ke Kota Kinabalu, kami singgah Desa Cattle, kat sini ada lembu-lembu mooooooo, yang macam dekat New Zealand. Sihat-sihat semua lembu sini, ada padang ragut yang sangat luas. Sejuk jugak. 


Boleh rasa gelato yang memang buat daripada susu fresh baru perah daripada nenen lembu. Ahakss, terasa keLEMBUan susu itu. Just try it! Sedap... Drive sambil member suap. Haha.

Susu ini pun jangan lupa rasa. Haha. Tengok kat shopping complex di Semenanjung macam tak ada, mungkin kat Sabah je la kot yang hado.

Next, kami singgah Kinabalu Park, tak tahu ada apa dalam ni, kami masuk, singgah buang air, solat, tangkap gambar, then balik.

Untuk mereka yang yang hiking gunung kot datang sini.

Yahooooo, 10 Jan, kami dah berada di Kota Kinabalu, bangun pagi-pagi dan terus jalan kaki pergi Jesselton Point nak pergi Pulau.

Alhamdulillah dapat snorkelling dekat 3 Pulau, Pulau Sapi, Manukan dan Mamutik.


Serius, kalau ikut cakap aku, lepas ni jangan la pergi Pulau Manukan ini, sebab tempat snorkelling dia tak berapa best. Sapi dan Mamutik memang best.


Yeahhh! Berjaya spot ikan nemo! 


10 Jan, petang tu kami jalan kaki ke Pasar Ikan Masin. Ini gerai manyak mulahhh, sila datang. Aku beli ikan kering lumi (rangup), dengan harga sekilo RM30. Paling murah la yang aku dapat bila ronda semua kedai.

Suasana luar Pasar Kraftangan. Banyak pakcik tunggu orang datang untuk alter seluar atau apa-apa sahaja.

Cantik!


11 Jan- Pagi, kami sempat berjalan lagi sekali ke Pasar-pasar kat atas ni, then pukul 1230 noon, kami bergerak ke KKIA (Terminal 2) by Taxi. RM30. Kalau ikut research aku, sepatutnya ada bus ke Terminal 2, tapi tak tahu kenapa, bila tanya semua orang, dorang kata bus tu dah tak wujud. Huuuu.
Sekian, trip yang so-so..... Hehe. Mungkin kau punya trip lagi best bha!..

Alhamdulillah.... (sedih sebab tak sempat singgah rumah terbalik tu) :(


Sunday, January 12, 2014

VMY2014: Terengganu

Salam,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk masih bernafas pada tahun 2014.

Tarikh: 3-5 Jan 2014
Tempat-tempat yang dilawati: (tengok gambar)


Kepok Cheese ni boleh dapat dekat Giant, berdekatan pintu masuk yang ada ATM's tu. Bukan dekat KL or negeri lain tak ada kepok cheese ni, tapi nak juga cakap yang Terengganu punya best lagi! Hehe. 


Masjid Terapung atau nama sebenar Masjid Tengku Tengah Zahirah (kot) Ahh malas nak google!

Dekat Pantai Batu Buruk, angin dia memang best, kalau dapat picnic kat sini mesti best jugak, cuma tak boleh mandi manda! Haha. Boleh try makan kat gerai2 tepi jalan tu, sebab feel dia beza, sambil kena tiup angin gitu..

Kita tak makan ICT, tapi kita makan UCT, SCT dan CCT. Hehe. Udang, Sotong dan Cendawan Celop Tepong. Tak ingat nama tempat ini, tapi berdekatan Airport Kuala Terengganu. Minum ABC dia jugak, sedap.




Masjid Kristal, teringin sangat nak pergi dan solat dalam ni, tercapai jugak. Well, luaran memang sangat cantikkkk, tapi boleh ke aku komen? Dalaman dia cantik, cuma aku rasa tempat solat wanita tu macam agak open, dan divider dia tak tutup habis. (mungkin senang untuk golongan Wanita intai suasana Masjid sepenuhnya). Aku selalu bayangkan memang betul2 Kristal masjid ni. Haha. 


Masjid Kristal: Tempat wudhu/Toilet dekat bahagian bangunan sebelah kiri (gambar).


Taman Tamadun Islam (TTI) -Pintu gerbang-
Bayaran masuk untuk dewasa: RM20
Dalam ini ada semua replika masjid dari pelbagai negara. 

Dalam TTI juga.

Alhamdulillah..
Wassalam.

Tuesday, December 17, 2013

Code A: Tudung hoodie RM25/helai

Assalammualaikum Hijabers,

Tudung hoodie ini sesuai digayakan dengan apa juga jenis baju dan sangat sesuai dengan tudung polos. 

RM25/helai
Untuk tempahan, layari facebook De Durrani atau tinggalkan komen email anda di ruangan ini, De Durrani akan menghubungi anda.





Terima kasih.
Ma'assalamah.