Salam,
Bahan-bahan yang kena ada sebelum buka api dapur, dan senang nak rujuk bila berada di Tesco, Giant mahupun NSK! Ahaks
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam
Halia
Bawang Putih dan Bawang Merah
Sos Tiram
Kicap Cair
Kicap Manis
Madu
Minyak Bijan
Minyak masak
Mentega
Daun pandan
Daun Bay
Susu Full cream
Serbuk Ayam
Garam Gula
Rempah (Bunga Lawang, Buah Pelaga, Kulit Kayu Manis)
Daun sup
Daun bawang
Bawang Goreng
Cili merah (kecil)
Limau kasturi
Jeruk kobis
Ada antara bahan-bahan seperti di atas ni yang tak ada pun tak apa, tapi kalau DD masak, mesti nak lengkap, melainkan DD memang dah buntu, tak dapat nak cari bahan tu, so DD tutup je la sebelah mata.
Mula-mula sekali, AYAM!
Perap ayam dengan bahan yang dikisar (Halia, Bawang Putih dan Merah) selama 30 Minit!
Note: tinggalkan sikit bahan kisar ini untuk masak nasi
Selepas 30 Minit:
Rebus ayam tadi sehingga separuh masak.
Note: Air Rebusan jangan buang, guna untuk masak nasi nanti
Perap lagi dengan hasil campuran ini. (Sos tiram, Kicap Cair, Kicap Manis, Madu, Minyak Bijan)
Selama 1 jam. Note: kicap manis jangan banyak sangat, nanti hitam sangat ayam tu
Selepas 1 jam:
Goreng ayam tadi (deep fry)! Note: Jangan potong ayam tu, goreng dulu, baru potong bila nak hidang
Kedua, NASI AYAM!
Masak atas kuali bahan di bawah:
Mentega, Bahan Kisar (Bawang Merah, Putih, Halia), 2 helai pandan, 1 helai daun bay, susu full cream, serbuk ayam, garam, gula, dan Rempah (Bunga Lawang, Buah Pelaga, Kulit Kayu Manis), Air rebusan ayam
Dah mendidih, masak bahan kat atas ni, boleh la masuk dalam rice cooker dan adjust ikut berapa banyak nasi nak masak. Note: Guna beras wangi tau. hihi
Untuk hidang: Atas nasi tabur, daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Ketiga, SAMBAL CILI!
5 biji cili merah (kecil)
5 atau lebih biji cili merah (besar)
5 ulas bawang putih
2 cm halia
Kisar semua bahan kat atas ni, dan masak dalam kuali bersama air rebusan ayam, tambah sikit garam gula secukup rasa, dan perahkan sedikit limau kasturi. (DD tak guna cuka)
Keempat, KUAH KICAP!
Hasil lebihan perapan ayam tadi, jangan buang! Masak atas api, tadaaaaa, dah siap!.
Kelima, SUP!
Rebus air, masukkan jeruk kobis, garam, serbuk ayam, daun bawang, dan bawang putih goreng.
Dah siap!!!! Resipi ini pun hasil google. Copyright siapa tak pasti, yang penting CUBA! Anak-anak mesti suka makan nasi ni. Bagi DD yang belum kahwin pun lagi, apatah lagi ada anak, DD makan dengan Mak Abah, perghhh terus ajak mak buka kedai Nasi Ayam. Haha.
"Nanti Abah dah pencen, nak buka kedai nasi ayam tak?" hehe
Thanks.
De Durrani
No comments:
Post a Comment